Tuesday, May 2, 2017

Tabur Hill 2.0

1 May 2017

Bukit tabur far east & extreme 2.0

Tawanan kali ke 2, just to make sure. Kalini dah tak sakit2 kaki, improvement since first manjat 3 months ago. View sangat lawa rase nak datang lagi buat 3.0 pulak.

Ke far east = 20 minit
Ke extreme dari far east = 40 minit

Turun dari extreme ke kaki bukit = 45 minit (campur tersesat siket)

Sunday, April 30, 2017

Broga new trail

29 April 2017

Re-tawan bukit broga. 1st time naik April 2015. Ni 2nd time, trail baru. Trail baru ni jalan makin luas, mudah sket kalau ramai sangat nak naik, tapi banyak lalang ditarah la nak buat jalan. Dan rasenye macam lagi shortcut dari dulu, skejap je da sampai puncak even stuck ramai org tadi. Tak sampai stengah jam.

Yang bestnye bukit broga ni banyak view, sebab puncak die yang takde pokok. Bukit2 or gunung2 lain susah kot nak cari view, tapi broga boleh dapat 360° view. Tapi lalang kalini da tak secantik dulu, banyak macam semak siket.

Friday, April 28, 2017

Ingat comel? #goalWeight

Tinggi 169cm
Berat asal 71.3kg (17 Feb 17)
Berat terkini 63.9kg (27 Apr 17)
=target achieved

Rupenye nak turun berat badan ni takde la susah mane pon, bila dah tau konsep kalori intake and outflow, dah mudah dah. Tapi malangnye rakyat Malaysia ni tak terdedah sangat dengan bende ni, mostly makan asal rase kenyang, cukup lah. Lalu fastfood and cikedis2 berkalori tinggi jadi makanan kegemaran.

Konsep berat badan ni, bukan bergantung kat carbs (karbohidrat) ke ape, tapi kat kalori. Kalau kalori masuk > kalori keluar, berat akan bertambah. Simple. So pastikan kalori masuk < kalori keluar. Bila hari2 deficit kalori, berat badan confirm akan turun punye. korang boleh check sendiri kat internet berapa kalori biasa digunakan badan korang dalam sehari. kalau lelaki umur 20-an, average 2000 kalori digunakan sehari. so kalau nak turun berat, pastikan la kalori intake bawah 2000. kalau amek 1500 kalori sehari, deficit 500 kalori sehari, seminggu da boleh hilang 1kg. Exercise membantu, sebab membakar kalori, tapi diet(makan) yang paling penting kene jaga. Nak turun berat badan ni, 70% dari pemakanan, 30% dari exercise

So kalau betul2 nak turun berat badan, atau nak tambah berat badan, jangan agak2, kira terus kalori yang korang ambil hari tu. Lagi satu air manis pon berkalori, kadang orang terlepas pandang. Skarang dah mudah, banyak apps yang membantu untuk kira kalori, and capai goal weight korang.

Kalau aku, aku guna apps "MyFitnessPal", apps ni takde la magic pon, tapi database makanan mmg besar, makanan2 melayu pon senang cari untuk kira kalori. Kalau korang betul2 disiplin, mudah je, bukan sakit2 macam nak bina badan pon. Kenyang pon boleh turun berat. Makan nasi pon boleh turun berat.

Sambil2 tu, exercise la, kalau aku biase buat kardio. Jogging and swimming. Gilir2 setiap hari, rest satu hari. Tapi musim hujan ni slalu je takleh buat. So yang muk2 di luar sane, jangan asek nak salahkan metabolisma, "tak mintak dilahirkan begini", dan sebagainya, tapi siket pon takde usaha nak kurus. Makan tak ingat dunia. Ingat comel?

P/s: aku start pon bila orang tegur aku dah gemuk, buncit teruk. So kkndang kene kasi dak gemuk ni terasa siket baru sedar diri.

Monday, April 17, 2017

My first 10KM run

Bila berat da start masuk lingkungan slighly overweight awal februari haritu, mula la niat nak exercise. Bila aku start lari, niat nak kurus je, tapi komitmen aku berlari ni tinggi pulak, sampai aku rasa improvement day by day.

Awal-awal dulu, lari 5 minit pon dah separuh nyawa habis, tu pon tak sampai 1KM. Lepas 2 bulan, harini 1st time dapat lari 10KM tanpa henti. Total time 1 jam 26 minit untuk 10.6KM. Memang slow pace tapi sebab target aku distance je dulu. Ultimate target buat 10km bawah 1 jam.

Dalam tak sedar, rupenye aku dah minat lari. Memang puas lepas lari tu nikmat jugak la, walaupon kadang2 sakit2 kaki lepas lari. Alhamdulillah, skarang aku lari lagi, bukan niat nak turun berat badan, tapi untuk get fit, healthy body. Sebab ni jugak aku yakin boleh panjat gunung Nuang walaupon tak pernah daki gunung sebelum ni. Ape gune kurus kalau takde stamina?

Kadang-kadang yang berisi lagi fit

Saturday, April 1, 2017

Newbie to Gunung Nuang

Gunung Nuang ni gunung pertama aku daki. Aku ni boleh kate newbie lagi la, yang pernah naik bukit broga, saga and tabur (far east & extreme) je yang mane pendakian setakat sejam lebih je. Tapi gunung Nuang ni gunung tertinggi di Selangor (1439 meter). Ni yang buat aku tertarik sangat nak daki.

Pendakian bermula tepat jam 1.00 pagi, bersama Radzlan, Raisudin dan Akmal. Diorang ni bagi aku super fit, sebab laju kemain.

Mendaki

Car-park to Camp Lolo
- start jam 01:00, sampai jam 02.20
- masa kami 1 jam 20 minit (ni tanpa berhenti). Kalau banyak stop boleh sampai 2 jam lebih
- jalan ni dikenali as "never ending road"

Camp Lolo

- kawasan perkemahan. biasenye hiker akan bermalam kat sini, then sambung mendaki awal pagi esoknye. Tapi kami decide one day, so tak berkemah. Tapi rehat 40 minit di sini, sebab member da ngantuk sangat. Hahah

Camp Lolo to Camp Pacat

- start jam 03:00
- tiba di Camp Pacat jam 04:20
- masa kami 1 jam 20 minit
- track dah mula mencabar, mase ni mmg aku tak boleh nak kejar pace diorang. Bagi aku part ni paling mencabar. Mungkin 4, 5 kali rehat dalam 2, 3 minit.

Camp Pacat

- mase ni member da ngantuk sangat, die sambung tidur lagi.
- rehat 1 jam 10 minit (sampai 05:30)
- masak maggi, buat kopi

Camp Pacat to Pengasih False Peak

- start jam 05:30
- tiba di Pengasih jam 06:30
- masa kami 1 jam
- track ni paling curam skali, tapi enjoy sebab terbaik la jalan2 and batu2 besar die.
- sebab lame sangat rehat tadi, tak sempat subuh kat puncak, subuh kat sini je.
- lepas subuh sambung jalan

Pengasih False Peak to Puncak Nuang

- start jam 07:00
- tiba di punjam jam 07:30
- masa kami 30 minit
- dari pengasih, kene turun dalam 10 minit (sebab false peak), then mendaki balik, agak curam untuk sampai ke puncak
- puncak tak nampak view sangat, tapi yang penting sampai puncak tu! xD
- kami yang pertama sampai puncak, next hiker sampai around 08:50 ,
- kat sini, masak maggi, kopi, and so on, gosip2 sampai ketiak member luka

Turun

Puncak Nuang to Camp Lolo

- start jam 09:00
- tiba jam 11:00
- masa kami (2 jam non-stop)
- mase ni ramai hikers tengah mendaki asek tanya berapa jauh lagi, nak jawab takut patahkan semangat pulak xD
- mandi sungai di Camp Lolo
- mase di barai, handset, dompet aku semue tercelup dalam sungai

Camp Lolo to Car Park

- start jam 12:00
- tiba jam 13:10
- track ni naik turun naik turun, so balik pon lebih kurang je ngan mase naik,
- masa kami 1 jam 10 minit (non-stop)
- mase balik mmg terasa sangat jauh die, layak sangat digelar "never ending road"

Overall, gunung ni mmg mencabar, tapi sebab aku follow dak2 fit aku pon push  myself sket la. Not bad la sebab rasenye we did it faster than average time.
then, besoknye macam biase sakit2 satu badan, 3 hari baru elok, hahah

Raisudin, aku & Akmal
That view bile kau lagi tinggi dari awan
 Akmal, Radzlan, aku & Raisudin ft. Tupai gemuk penunggu gunung (atas tangan Radzlan)

Saturday, February 11, 2017

Bukit Tabur Far East & Extreme

Bukit Tabur ni bukit ketiga yang pernah aku daki. Tak jauh dari UIA dan dari puncak boleh nampak pon UIA. Bukit ni walaupon tak tinggi, tapi sangat bahaya sebab banyak kes mati jatuh.

Ade part2 yang curam hampir 90 darjah, dan gaung di bawah boleh sampai 40 ke 50 meter. Tapi yang aku naik ni tabur far east dan tabur extreme. Still bahaye tapi tak sebahaya tabur west dan tabur east yang banyak kes mati tu. Due2 tabur tu pon dah tutup buat mase ni.

Pergi 6 orang. Qayyum, bilal (Chinese from China), lagi 4 tak ingat name, student foreigner UIA, dari Maldives dan Nigeria tak silap.

Ktorang start dari jam 8, dalam 8.30 da sampai di puncak far east. Tak expect pon skejap je nak sampai puncak. Far east ni 5 minit terakhir baru sampai part yang bahaya. Mase tu kalau ramai hiker mmg kene tunggu sorang2 manjat. Nasib time kitorang tak ramai.

Kat sini view same je macam puncak2 tabur lain, empangan tu (familiar sangat kat iium online). Disebabkan masih tak puas, kenkawan ni semue nak sambung pulak tabur extreme. Sambung extreme ni makan mase lagi sejam stengah. Yang ni walaupon jauh dan name nye extreme, tapi tak sebahaya far east. Tapi still ade curam tinggi kene panjat. Bezanya takde gaung kat bawah.
Tapi yang tak bestnye, bila da sampai puncak, takde view langsung sebab dikelilingi ngan pokok2. 

Tapi tak kisah sangat pon, far east tadi pon da ade view. Then lepas agak lame kat puncak sebelum turun. Sampai bawah da pkol 12 lebih, ni sebab banyak berhenti lame sangat sebab tunggu member, ade ke patut die pakai sluar jean manjat bukit tabur xD.

P/s: "Far East", tapi tak far. "Extreme" tapi tak se extreme(bahaya) Far East.

Otw balik, singgah pekena coconut shake. Layan~
Empangan
Qayyum & Bilal
Extra belom test
Ni part bahaye sket, gaung bawah tu hanya ade tali rafia je penghalang xD

Tuesday, January 31, 2017

Anak kenit

Anak2 kenit generasi ke 3 ke 4 tak sure. Baru nak dijinak2 kan dengan orang. Penat menangkap nye.

Thursday, January 26, 2017

Tooth extraction (contain graphic)

5 tahun lepas, awal tahun 2012, aku diserang sakit gigi yang aku rate 10/10. Sakit yang terlampau lah sakit. Lepas 2 hari, rase bengkak, tapi da kurang sakit. Pergi klinik gigi, jalan die same ade cabut atau buat rawatan akar. Aku pon decide buat rawatan akar.

Disebabkan rawatan akar ni berskala, kene dtg appointment rasenye 6 bulan lepas 1st treatment tu. Tapi disebabkan dalam jangka masa tu family pon da pindah dari melaka ke KL, aku pon abaikan appointment tu. Lagipon dah tak sakit, malas lah.

Tahun lepas tahun, aku perasan gigi yang sakit dulu tu, yg die dah inject haritu untuk rawatan akar, mula reput. Reput maksud aku mula terhakis sikit demi sikit. Sampai la tahun lepas, complete hilang gigi tu, tapi mmg takde sakit langsung. Walaupon da hilang dr pandangan, tapi akar die masih tinggal kat dalam.

Hujung tahun lepas, sebelom exam start sakit balik, dengan skala 8/10, tak boleh tidur gak la malam tu. Kalini sakit die lame pulak tak elok2. Cume lepas 2 hari, sakit tu dalam 1/10 je la, tapi stay berminggu2. So baru la nekad nak pi cabut jugak.

Aku cabut ni 2 hari lepas, kat PPUM, yang cbutkan 2 budak UM, chinese yang praktikal. Nak cabut je amek mase dekat 2 jam, lame gile woi, haha. Diorang pon kate ni kali pertama nak cabut gigi yang takde hujungnye. So mmg kene potong sket la gusi tu nak tarik akar yang tertinggal kat dalam. 3 kali inject, tapi diorang punye inject terbaik tak sakit. Seingat aku dulu doktor gigi inject kemain ganasnye. Ade dentist sebenar jugak yang guide diorang, tapi die busy kejap pi tempat lain. Pastu mase tu jugak die nak ajar macam2. Aku rase macam bahan experiment pon ade.

Aku tak tahu ape yang die buat, tapi rasenye macam proses wisdom tooth kot sebab gigi kat dalam gusi? Test la youtube ngeri poik. Mase nak cungkil gigi keluar, die pusing2 one way, macam screw pulak gigi aku ni. 2 akar die keluarkan, tapi bukan patutnye 3 ke? Apapepon sume da lepas.

Masalahnye skarang, dah 2 hari, aku rase tak selese lagi kat tempat tu. Rase bengkak sket. Risau ape2 je ni.

Tuesday, January 24, 2017

Surah Yusuf

Dalam banyak2 surah, bagi aku surah Yusuf macam special sikit. aku sangat suke surah ni. Kalau kau bace terjemahan die, 12 page dari 13 page surah tu, Allah S.W.T ceritakan pasal nabi Yusuf je. dengan seindah-indah penceritaan yang sangat menarik, sape yang rajin bace terjemahan2, mesti dapat rase kelainan kat surah Yusuf tu. macam yang aku cakap, dalam surah  ni specialized pasal nabi Yusuf je, mungkin ade yang berkata, obvious lah tu sebab nama pon surah Yusuf. tapi, kalau kau baca surah lain macam surah Maryam, surah Yunus, surah Hud atau surah Ibrahim, dalam surah tu bukan hanya merujuk kepada mereka, tetapi kebanyakannya menceritakan jugak pasal nabi2 lain, terutamanya paling banyak disebut dalam al-Quran adalah kisah nabi Musa dan Firaun. dan kisah nabi Yusuf pulak tak disebut dalam mane2 surah lain (seingat saya).

seperti yang kita tau, Nabi Yusuf ni seorang yang diberi ilmu pandai tafsir mimpi. tapi nabi Yusuf tak dapat nak tafsir mimpi die sendiri, yang diceritakan pada awal surah.

ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanyaa : "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". (12: ayat 4)

then mula lah kisah2 ujian nabi Yusuf ni, antaranya die dibuang oleh abang2 nya, dijadikan hamba, digoda oleh Zulaikha dan dipenjara. kisah dimana orang terlukakan tangan ketika melihat kecantikan paras rupa nabi Yusuf pon ade dirakamkan dalam surah ni. kecantikan paras rupa nabi Yusuf yang tak dapat kita bayangkan, sehingga mereka berkata "ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!".

dan yang buat lagi menarik, bila dah bace banyak kisah2 yang berlaku, aku pon dah lupa pasal mimpi nabi Yusuf pada awal surah tu. tapi bila di penghujung surah, nabi Yusuf bagitau ayahnye, "wahai ayahku! inilah dia tafsiran mimpiku dahulu..." aku yang dah lupa ape mimpinye, kene belek la kejap nak bace balik ape mimpi nabi yang dulu,haha. ternyata segala yang berlaku ade hikmahnye.

nak tau ape maksud mimpi tu? bace sendiri, Assalamu'alaikum.

Sunday, January 22, 2017

Sedekah

Sedekah. Satu perbuatan yang baik, yang diceritakan jugak kelebihan2 nye di dalam al-Quran. Bagaimana di ibaratkan pohon yang mempunyai tujuh tangkai, dan setiap tangkai itu dipecah sepuluh lagi, balasan bagi sedekah. Namun, ramai manusia kini ambil kesempatan atas kemurahan rakyat Malaysia ni. Sehingga mereka tidak ingin lagi berusaha. Masakan tidak, aku kerje dulu penat2 sejam boleh dapat rm5 je, kalau minta sedekah, sejam berapa dapat? Ratus maybe?

aku belajar di UIA sejak 2012, danau antara tempat lepak malam yang dekat. Kalau lepak makan di danau, kau akan disinggahi setidak tidaknye 2, 3 orang peminta sedekah. Sehingga hujung tahun 2016, peminta sedekah yang sama yang masih meminta. Bagaimana ia menunjukkan meminta sedekah tu tidak menyelesaikan masalah, bahkan mungkin membuatkan diri selese dalam situasi meminta. Mendapat belas kasihan insan yang pemurah.

Malah ada wartawan yang cuba menyamar menjadi pengemis, untuk mengetahui pendapatan seorang pengemis di ibu kota, percaya atau tidak, dengan bermodalkan baju yang compang camping, pendapatan yang dikira boleh mencecah rm18,000 dalam jangka masa sebulan!

Aku tidak menidakkan masalah poverty di Malaysia ini. Sekadar meluahkan kekesalan atas sesetengah pihak yang mengambil kesempatan.

Thursday, January 19, 2017

Thought

I don't talk much, but i'd thought. So much thought that sometimes i reply conversation by thought only, coz i thought i said it out loud but i'm not. Then i realize i never said anything. Nope, just kidding. But i'm always think, a lot, about what people think, bout what i'll feel if i'm that person.

It makes me wonder, how bout talkative person? Did they have many thought in their mind? Or just they just talk what ever in their mind? How bout you? Yes, you.

Friday, January 6, 2017

Quds

Tak kusangka-sangka dapat berita yang mengejutkan ni. Kesabaranku di sia-siakan.