Saturday, February 11, 2017

Bukit Tabur Far East & Extreme

Bukit Tabur ni bukit ketiga yang pernah aku daki. Tak jauh dari UIA dan dari puncak boleh nampak pon UIA. Bukit ni walaupon tak tinggi, tapi sangat bahaya sebab banyak kes mati jatuh.

Ade part2 yang curam hampir 90 darjah, dan gaung di bawah boleh sampai 40 ke 50 meter. Tapi yang aku naik ni tabur far east dan tabur extreme. Still bahaye tapi tak sebahaya tabur west dan tabur east yang banyak kes mati tu. Due2 tabur tu pon dah tutup buat mase ni.

Pergi 6 orang. Qayyum, bilal (Chinese from China), lagi 4 tak ingat name, student foreigner UIA, dari Maldives dan Nigeria tak silap.

Ktorang start dari jam 8, dalam 8.30 da sampai di puncak far east. Tak expect pon skejap je nak sampai puncak. Far east ni 5 minit terakhir baru sampai part yang bahaya. Mase tu kalau ramai hiker mmg kene tunggu sorang2 manjat. Nasib time kitorang tak ramai.

Kat sini view same je macam puncak2 tabur lain, empangan tu (familiar sangat kat iium online). Disebabkan masih tak puas, kenkawan ni semue nak sambung pulak tabur extreme. Sambung extreme ni makan mase lagi sejam stengah. Yang ni walaupon jauh dan name nye extreme, tapi tak sebahaya far east. Tapi still ade curam tinggi kene panjat. Bezanya takde gaung kat bawah.
Tapi yang tak bestnye, bila da sampai puncak, takde view langsung sebab dikelilingi ngan pokok2. 

Tapi tak kisah sangat pon, far east tadi pon da ade view. Then lepas agak lame kat puncak sebelum turun. Sampai bawah da pkol 12 lebih, ni sebab banyak berhenti lame sangat sebab tunggu member, ade ke patut die pakai sluar jean manjat bukit tabur xD.

P/s: "Far East", tapi tak far. "Extreme" tapi tak se extreme(bahaya) Far East.

Otw balik, singgah pekena coconut shake. Layan~
Empangan
Qayyum & Bilal
Extra belom test
Ni part bahaye sket, gaung bawah tu hanya ade tali rafia je penghalang xD

1 comment:

Hanamiko Sakura said...

budak2 UIA mmg akan hiking tabur XD tapi sekarang dah tutup kan? tak merasa lagi nak hiking situ. tunggu buka balik la hiking situ