Monday, April 17, 2017

My first 10KM run

Bila berat da start masuk lingkungan slighly overweight awal februari haritu, mula la niat nak exercise. Bila aku start lari, niat nak kurus je, tapi komitmen aku berlari ni tinggi pulak, sampai aku rasa improvement day by day.

Awal-awal dulu, lari 5 minit pon dah separuh nyawa habis, tu pon tak sampai 1KM. Lepas 2 bulan, harini 1st time dapat lari 10KM tanpa henti. Total time 1 jam 26 minit untuk 10.6KM. Memang slow pace tapi sebab target aku distance je dulu. Ultimate target buat 10km bawah 1 jam.

Dalam tak sedar, rupenye aku dah minat lari. Memang puas lepas lari tu nikmat jugak la, walaupon kadang2 sakit2 kaki lepas lari. Alhamdulillah, skarang aku lari lagi, bukan niat nak turun berat badan, tapi untuk get fit, healthy body. Sebab ni jugak aku yakin boleh panjat gunung Nuang walaupon tak pernah daki gunung sebelum ni. Ape gune kurus kalau takde stamina?

Kadang-kadang yang berisi lagi fit

Saturday, April 1, 2017

Newbie to Gunung Nuang

Gunung Nuang ni gunung pertama aku daki. Aku ni boleh kate newbie lagi la, yang pernah naik bukit broga, saga and tabur (far east & extreme) je yang mane pendakian setakat sejam lebih je. Tapi gunung Nuang ni gunung tertinggi di Selangor (1439 meter). Ni yang buat aku tertarik sangat nak daki.

Pendakian bermula tepat jam 1.00 pagi, bersama Radzlan, Raisudin dan Akmal. Diorang ni bagi aku super fit, sebab laju kemain.

Mendaki

Car-park to Camp Lolo
- start jam 01:00, sampai jam 02.20
- masa kami 1 jam 20 minit (ni tanpa berhenti). Kalau banyak stop boleh sampai 2 jam lebih
- jalan ni dikenali as "never ending road"

Camp Lolo

- kawasan perkemahan. biasenye hiker akan bermalam kat sini, then sambung mendaki awal pagi esoknye. Tapi kami decide one day, so tak berkemah. Tapi rehat 40 minit di sini, sebab member da ngantuk sangat. Hahah

Camp Lolo to Camp Pacat

- start jam 03:00
- tiba di Camp Pacat jam 04:20
- masa kami 1 jam 20 minit
- track dah mula mencabar, mase ni mmg aku tak boleh nak kejar pace diorang. Bagi aku part ni paling mencabar. Mungkin 4, 5 kali rehat dalam 2, 3 minit.

Camp Pacat

- mase ni member da ngantuk sangat, die sambung tidur lagi.
- rehat 1 jam 10 minit (sampai 05:30)
- masak maggi, buat kopi

Camp Pacat to Pengasih False Peak

- start jam 05:30
- tiba di Pengasih jam 06:30
- masa kami 1 jam
- track ni paling curam skali, tapi enjoy sebab terbaik la jalan2 and batu2 besar die.
- sebab lame sangat rehat tadi, tak sempat subuh kat puncak, subuh kat sini je.
- lepas subuh sambung jalan

Pengasih False Peak to Puncak Nuang

- start jam 07:00
- tiba di punjam jam 07:30
- masa kami 30 minit
- dari pengasih, kene turun dalam 10 minit (sebab false peak), then mendaki balik, agak curam untuk sampai ke puncak
- puncak tak nampak view sangat, tapi yang penting sampai puncak tu! xD
- kami yang pertama sampai puncak, next hiker sampai around 08:50 ,
- kat sini, masak maggi, kopi, and so on, gosip2 sampai ketiak member luka

Turun

Puncak Nuang to Camp Lolo

- start jam 09:00
- tiba jam 11:00
- masa kami (2 jam non-stop)
- mase ni ramai hikers tengah mendaki asek tanya berapa jauh lagi, nak jawab takut patahkan semangat pulak xD
- mandi sungai di Camp Lolo
- mase di barai, handset, dompet aku semue tercelup dalam sungai

Camp Lolo to Car Park

- start jam 12:00
- tiba jam 13:10
- track ni naik turun naik turun, so balik pon lebih kurang je ngan mase naik,
- masa kami 1 jam 10 minit (non-stop)
- mase balik mmg terasa sangat jauh die, layak sangat digelar "never ending road"

Overall, gunung ni mmg mencabar, tapi sebab aku follow dak2 fit aku pon push  myself sket la. Not bad la sebab rasenye we did it faster than average time.
then, besoknye macam biase sakit2 satu badan, 3 hari baru elok, hahah

Raisudin, aku & Akmal
That view bile kau lagi tinggi dari awan
 Akmal, Radzlan, aku & Raisudin ft. Tupai gemuk penunggu gunung (atas tangan Radzlan)

Saturday, February 11, 2017

Bukit Tabur Far East & Extreme

Bukit Tabur ni bukit ketiga yang pernah aku daki. Tak jauh dari UIA dan dari puncak boleh nampak pon UIA. Bukit ni walaupon tak tinggi, tapi sangat bahaya sebab banyak kes mati jatuh.

Ade part2 yang curam hampir 90 darjah, dan gaung di bawah boleh sampai 40 ke 50 meter. Tapi yang aku naik ni tabur far east dan tabur extreme. Still bahaye tapi tak sebahaya tabur west dan tabur east yang banyak kes mati tu. Due2 tabur tu pon dah tutup buat mase ni.

Pergi 6 orang. Qayyum, bilal (Chinese from China), lagi 4 tak ingat name, student foreigner UIA, dari Maldives dan Nigeria tak silap.

Ktorang start dari jam 8, dalam 8.30 da sampai di puncak far east. Tak expect pon skejap je nak sampai puncak. Far east ni 5 minit terakhir baru sampai part yang bahaya. Mase tu kalau ramai hiker mmg kene tunggu sorang2 manjat. Nasib time kitorang tak ramai.

Kat sini view same je macam puncak2 tabur lain, empangan tu (familiar sangat kat iium online). Disebabkan masih tak puas, kenkawan ni semue nak sambung pulak tabur extreme. Sambung extreme ni makan mase lagi sejam stengah. Yang ni walaupon jauh dan name nye extreme, tapi tak sebahaya far east. Tapi still ade curam tinggi kene panjat. Bezanya takde gaung kat bawah.
Tapi yang tak bestnye, bila da sampai puncak, takde view langsung sebab dikelilingi ngan pokok2. 

Tapi tak kisah sangat pon, far east tadi pon da ade view. Then lepas agak lame kat puncak sebelum turun. Sampai bawah da pkol 12 lebih, ni sebab banyak berhenti lame sangat sebab tunggu member, ade ke patut die pakai sluar jean manjat bukit tabur xD.

P/s: "Far East", tapi tak far. "Extreme" tapi tak se extreme(bahaya) Far East.

Otw balik, singgah pekena coconut shake. Layan~
Empangan
Qayyum & Bilal
Extra belom test
Ni part bahaye sket, gaung bawah tu hanya ade tali rafia je penghalang xD

Tuesday, January 31, 2017

Anak kenit

Anak2 kenit generasi ke 3 ke 4 tak sure. Baru nak dijinak2 kan dengan orang. Penat menangkap nye.